5 Fakta Menarik Mengapa Om Telolet Om Kini Viral Di Seluruh Dunia

Gambar: News Okezone

Mempunyai populasi penduduk yang ramai dan kira-kira 255,461,700 orang telah menjadikan Indonesia sebuah negara yang mempunyai warna warni daripada pelbagai aspek seperti budaya, makanan dan adat resam.

BACA: Misteri Pontianak Meniaga Murtabak Di Indonesia

Baru-baru ini satu perkara yang dimulakan di Indonesia telah menjadi viral hampir ke seluruh dunia iaitu ‘Om Telolet Om’. Pada mulanya kami musykil juga apabila ada orang di Twitter berkongsi tweet perkataan tersebut.

Jom kita lihat 5 fakta menarik dan apa yang disebalik Om Telolet Om ini sebenarnya.

1. “Pak cik bunyikan hon pak cik”


Maksud Om dalam bahasa Melayu adalah pak cik manakala Telolet pula bermaksud bunyikan hon. Jadi maksud ayat ‘Om Telolet Om’ adalah ‘pak cik bunyikan hon pak cik’. Ini kerana bas-bas di Indonesia telah diubahsuai sistem hon dan akan mempunyai pelbagai bunyi yang kedengaran lucu.

2. Dimulakan remaja yang tinggal berdekatan stesen bas


Remaja dan anak muda yang tinggal di berdekatan stesen bas di sana mencari-cari hiburan dan entah bagaimana mereka menulis ayat Om Telolet Om di atas kadbod dan mengangkat kepada para pemandu bas yang lalu lalang. Dalam masa yang sama mereka merakamkan gambar dan video aktiviti tersebut dan berkongsi di laman sosial media.

3. DJ Snake tweet ‘Om Telolet Om’


Salah seorang DJ terkenal Electronic Dance Music (EDM) iaitu DJ Snake telah tertarik dengan Om Telolet Om dan beliau telah tweet ayat tersebut di Twitternya pada dua hari yang lalu. Tweetnya itu mendapat perhatian masyarakat dunia dan telah diretweet lebih 40 ribu orang dan sejak itu ramai juga orang di Amerika Syarikat dan negara-negara lain menggunakan ayat Om Telolet Om di akaun media sosial masing-masing.

4. Instagram Hillary Clinton turut diserang ‘Om Telolet Om’

Punyalah nakal orang-orang di media sosial ini sampaikan di akaun Instagram Hillary Clinton turut dikomen ‘Om Telolet Om’. Kami pasti Hillary Clinton tak tahu pun maksud sebenar ayat itu dan pasti dia tertanya-tanya.

5. Menyebabkan kesesakan lalu lintas


Kita sedia maklum di Indonesia masalah kesesakan jalan raya tak dapat dielakkan lagi dan kini ditambah pula dengan aksi orang awam mengangkat kadbod ‘Om Telolet Om’ kepada pemandu-pemandu bas menambah lagi kesesakan yang ada. Namun begitu masyarakat di sana menganggap ia adalah satu hiburan ketika kesesakan.

Kami kongsikan video pendek yang merakamkan pelbagai aksi Om Telolet Om.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post