Terlebih Minum Air Boleh Mati, Berapa Banyak Yang Perlu Kita Minum?

Tahukah anda secara purata badan manusia mengandungi 65 peratus air dan ia berperanan menjadi penstabilan suhu badan dan ia akan dikumuhkan melalui peluh, ketika membuang najis dan juga ketika bernafas.

BACA: Menteri: Air Mineral Lagi Mahal Dari Minyak Masak

Dalam masa yang sama sering kali kita mendengar orang selalu berpesan untuk memperbanyakkan meminum air tetapi adakah kita pasti berapakah jumlah air yang diperlukan dalam tubuh badan kita.

Dalam satu kes di Lonon, seorang wanita yang berhasrat ingin sembuh daripada jangkitan kuman di saluran kencing telah meminum 236ml setiap 30 minit akan tetapi tindakan itu telah mengakibatkan wanita tersebut terpaksa dirawat di Hospital King’s College kerana keracunan air atau ‘hyponatremia’.

Menurut portal The Independent, pengambilan air berlebihan oleh wanita tersebut menyebabkan kandungan garam dalam badannya rendah dan boleh membawa maut.

Kejadian yang lain juga turut berlaku apabila seorang pesakit telah muntah beberapa kali, menggeletar dan sukar bercakap kerana terlebih meminum air.

Kes tersebut telah dilaporkan dalam British Medical Journal oleh Dr Laura Christine Lee dan Dr Maryann Noronha dan menyoalkan apakah maksud nasihat doktor. “minum banyak air”?

Melalui beberapa pembacaan kami, berapa banyakkan air yang perlu anda minum setiap hari adalah bergantung kepada aktiviti seharian, keadaan suhu persekitaran, keadaan tubuh badan ataupun beberapa faktor yang lain.

Sekiranya anda banyak melakukan aktiviti rekreasi seperti berlari, berbasikal atau apa-apa aktivit yang buatkan anda berpeluh sepatutnya anda perlu meminum air yang lebih bagi mengantikan air yang telah hilang dalam tubuh badan.

Selain itu, bagi wanita sedang mengandung ataupun menyusukan bayi juga perlu meminum air yang lebih daripada kebiasaannya kerana cecair dalam badan anda akan berkurangan.

Ketua penyelidikan dan inovasi klinikal Kolej Diraja Pengamal Perubatan (RCCP) London mengatakan memang penting untuk meminum air tetapi sehingga kini tiada sukatan yang betul-betul pasti.

Namun secara puratanya badan manusia memerlukan enam hingga lapan gelas air setiap hari seperti yang dicadangkan Agensi Kesihatan Awam England.

Bagi kami anda mungkin lebih tahu keadaan tubuh badan anda sendiri, sekiranya pada hari tersebut cuaca panas, anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh ataupun atas sebab-sebab perubatan anda perlu meminum air dengan lebih.

Tapi ada satu yang kami nak ingatkan, air yang dimaksudkan adalah air kosong bukannya air manis dan bergula kerana kalau anda minum enam hingga lapan gelas air manis dalam sehari bersiap sedialah kemungkinan penyakit kencing manis datang bertemu anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post