Apa Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Tertekan Di Tempat Kerja

Kehidupan manusia bukan seperti mesin. Ketika komputer anda mampu untuk bekerja sepanjang hari tanpa sebarang masalah, manusia seperti kita ini tidak mampu untuk berbuat demikian.

Walau suka dan ghirah macam mana sekalipun terhadap pekerjaan kita, pasti akan turut merasakan kebosanan dan tekanan di tempat kerja.

Anda dilarang untuk memaksa diri anda untuk meneruskan tugasan anda ketika berada dalam situasi tersebut. Apa yang boleh anda lakukan?

#1-Duduk Berseorangan Di Tempat Gelap

Aktiviti tersebut bukanlah seram seperti yang digambarkan. Alice boyes ada menulis dalam PsychologyToday.com bahawa bagi mengurangkan deria input adalah langkah terbaik untuk pemulihan.

Mungkin anda perlu duduk berdiam diri bilik gelap dan memasang alat pendengaran di telinga. Anda akan merasai ketenangan dan mampu mebuat tugasan selepas itu.

#2-Bangun Dan Berjalan-Jalan

Anda tidak perlu untuk pergi ke kelas senaman. Berjalan mengelilingi pejabat anda atau naik turun tangga juga sudah memadai untuk anda mengurangkan tekanan di tempat kerja.

Kajian menunjukkan bahawa berjalan selama lima minit pada setiap jam akan meningkatkan perasaan anda ke arah yang lebih positif.

Aktivit-aktiviti fizikal tersebut akan memberi anda tenaga dan melancarkan perjalanan darah serta menjadikan anda lebih produktif.

#3-Cuba Buat Sumbang Saran (Brainstorming)

Lakukan pekerjaan yang berbeza sedikit dengan skop kerja anda. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa apabila minda kita kepenatan, ia akan menjana kreativiti dan membuatkan kita lebih mudah untuk membuat idea baru.

Apabila penat bekerja, keluarkan pen serta kertas dan mulakan dengan menjana idea untuk sesuatu yang baru bagi pekerjaan anda. Anda akan menjadi lebih produktif daripada yang anda sangka.



Sumber Apa Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Tertekan Di Tempat Kerja

Post a Comment

Previous Post Next Post