Kes kanak-kanak 3 tahun ditinggalkan berseorangan ditemui dalam keadaan menyayat hati, polis dedah suspek yang ditahan bukan ibu kandung mangsa

Kanak-kanak lelaki tiga tahun yang diselamatkan polis di sebuah rumah di Kampung Parit Buloh, Gemencheh, awal pagi Jumaat lalu dipercayai bukan anak kepada wanita yang sebelum ini disangka ibunya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, penemuan berkenaan diperoleh hasil soal siasat lanjut dijalankan pihak polis terhadap wanita berusia 36 tahun itu.

Kes kanak-kanak 3 tahun ditinggalkan berseorangan ditemui dalam keadaan menyayat hati, polis dedah suspek yang ditahan bukan ibu kandung mangsa

Kes kanak-kanak 3 tahun ditinggalkan berseorangan ditemui dalam keadaan menyayat hati, polis dedah suspek yang ditahan bukan ibu kandung mangsa

“Penemuan siasatan mendedahkan wanita itu dipercayai bukan ibu sebenar kanak-kanak berusia tiga tahun berkenaan dan terdapat kemungkinan dia sebenarnya mengambil upah menjaga kanak-kanak berkenaan.

“Buat masa ini kita belum dapat mengesahkan identiti ibu sebenar mangsa dan kita akan memanggilnya untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) apabila wanita itu dikenal pasti nanti,” katanya, di sini, hari ini.

Kanak-kanak malang itu ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, dekat Tampin kira-kira jam 1 pagi pada Jumaat, dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.

Kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan seorang diri oleh ibunya sejak 6 petang, Khamis lalu, sebelum ditemui semalam selepas sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk ke rumah tersebut.

Sumber: Sinar



Sumber Kes kanak-kanak 3 tahun ditinggalkan berseorangan ditemui dalam keadaan menyayat hati, polis dedah suspek yang ditahan bukan ibu kandung mangsa

Post a Comment

Previous Post Next Post