Singapura lawan Malaysia, kenakan caj sama rentas sempadan

Singapura akan mengenakan caj jalan raya sepadan dengan kadar Malaysia pada RM20 bersamaan S$6.50 yang dilaksana sejak 1 November lepas, lapor Channel NewsAsia hari ini.

Laporan itu memetik Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan sebagai berkata Malaysia mengutip sekitar RM13.9 juta daripada kenderaan Singapura antara 1 November dan 20 Disember tahun lepas.

Singapura lawan Malaysia, kenakan caj sama rentas sempadan

Singapura lawan Malaysia, kenakan caj sama rentas sempadan

“Dasar kami sejak sekian lama ialah mengenakan kadar sepadan bagi levi, tol atau fi yang dikenakan Malaysia untuk menggunakan jalan raya yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.

“Ini bagi memastikan Malaysia mengambil kira respons kita setiap kali mereka menaikkan kadar tol atau memperkenalkan levi baharu,” Khaw dipetik berkata di Parlimen.

Katanya perincian mengenai caj sepadan itu akan diumum dalam masa terdekat.

Bermula 1 Nov, 2016, caj jalan raya dikenakan setiap kali kenderaan dari republik itu memasuki Malaysia menggunakan kad Touch n’ Go.

Peringkat awal kutipan ini hanya melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak termasuk motosikal.

Sistem caj jalan raya itu dilaksana di dua pintu masuk darat di Johor iaitu Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura. — Bernama

Sumber: Malay Mail



Sumber Singapura lawan Malaysia, kenakan caj sama rentas sempadan

Post a Comment

Previous Post Next Post