Video orang ramai panik eskalator terpanjang di Hong Kong mengundur tiba-tiba, 18 cedera

SEKURANG-KURANGNYA 18 orang cedera selepas sebuah eskalator mengalami masalah teknikal dalam kejadian di pusat beli-belah Langham Place, Mong Kok, Hong Kong, China, semalam.

Video orang ramai panik eskalator terpanjang di Hong Kong mengundur tiba-tiba, 18 cedera

Video orang ramai panik eskalator terpanjang di Hong Kong mengundur tiba-tiba, 18 cedera

Rakaman video kejadian yang kini tular menerusi media sosial menunjukkan eskalator berukuran 45 meter, dipercayai terpanjang di Hong Kong itu tiba-tiba berbalik arah menyebabkan ramai pengguna jatuh tanpa kawalan.

Insiden difahamkan berlaku pada petang Sabtu, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (sama waktu dengan Malaysia).

Menurut portal Chanel News, seramai 14 wanita dan empat lelaki mengalami kecederaan, manakala seorang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan berada dalam keadaan kritikal.

Kesemua mangsa kini dirawat di Hospital Kwong Wah dan Hospital Queen Elizabeth.

Salah seorang mangsa kejadian mengatakan eskalator itu bergerak dua kali lebih cepat daripada yang biasa.

Tambahnya, eskalator yang sama telah berhenti untuk beberapa minit pada tengah hari itu.

Seorang lagi saksi, Tina berkata ketika kejadian, orang ramai mula panik dan menjerit dalam ketakutan.

“Saya mendengar orang menjerit, keadaan menjadi panik dan ada yang jatuh ke bawah,” katanya.

Jurucakap Langham Place menyatakan bahawa semua eskalator di pusat membeli-belah itu telah diperiksa mengikut undang-undang oleh syarikat Otis Elevator (kontraktor penyenggaraan).

“Eskalator yang mengalami kerosakan itu menjalani pemeriksaan tahunan dua kali setahun, dengan pemeriksaan terakhir dibuat pada 27 Januari lalu serta pemeriksaan rutin setiap dua minggu,” kata jurucakap itu.

Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli belah bersama syarikat Otis Elevator sedang menyiasat kejadian.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Video orang ramai panik eskalator terpanjang di Hong Kong mengundur tiba-tiba, 18 cedera

Post a Comment

Previous Post Next Post