“Jangan fitnah!” Michael Ang jawab kontroversi lokasi penggambarannya diserbu polis kerana dadah

Pengarah Michael Ang menyifatkan terdapat dakwaan tidak berasas untuk memfitnahnya termasuklah tuduhan lokasi penggambaran drama arahan dia diserbu pihak polis.

"Jangan fitnah!" Michael Ang jawab kontroversi lokasi penggambarannya diserbu polis kerana dadah

“Jangan fitnah!” Michael Ang jawab kontroversi lokasi penggambarannya diserbu polis kerana dadah

Pihak polis dikatakan bertindak selepas mendapat laporan kononnya terdapat pelakon dalam produksi berkenaan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Anda bukan orang pertama yang bertanya mengenai perkara ini. Namun ingin saya jelaskan bahawa dakwaan itu tak benar.

“Proses pengambaran berjalan dengan lancar, kami tidak dikunjungi pihak polis seperti yang diperkatakan.

 

“Sebenarnya saya juga nak tahu siapa yang mulut ‘becok’ sengaja sebar fitnah begini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Salah satu babak membabitkan Fattah Amin dan Fazura di Pulau Perhentian.

Michael kini sibuk menjalani pengambaran drama rantaian berjudul Hero Seorang Cinderella yang dibintangi barisan pelakon antaranya Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose, Aedy Ashraf, Nina Juren serta Zizie Ezette.

Selain itu dia yang kini berada di Pulau Perhentian, Terengganu bagi menjayakan beberapa babak dalam drama berkenaan melahirkan kekecewaan berhubung dakwaan itu.

Ditanya sama ada khabar angin itu mungkin sengaja disebarkan oleh tenaga produksinya sendiri bagi tujuan ‘promosi’, Michael bagaimanapun meraguinya.

“Tak mungkinlah, kontroversi seperti ini merosakkan imej dan boleh menjatuhkan maruah. Janganlah guna taktik begini, tak baik fitnah orang.

“Tapi kalau nak cipta kontroversi kononnya artis bercinta di set, saya sendiri boleh cerita panjang lebar,” katanya.

Dalam pada itu Micheal menasihatkan supaya semua pihak tidak mencampuri urusan peribadi mana-mana selebriti khususnya dalam isu sensitif seperti ini.

“Kalau dia nak buat hal, itu hak dia. Selagi tidak ditangkap polis lebih baik kita jangan sibuk.

“Bila dah kena tangkap nanti, wartawan boleh tulis cerita panjang lebar,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber “Jangan fitnah!” Michael Ang jawab kontroversi lokasi penggambarannya diserbu polis kerana dadah

Post a Comment

Previous Post Next Post