Gadis kenyit mata, Suziyana Hasim luah perasaan dihina dan dimaki gara-gara videonya viral

GARA-GARA aksi comelnya, si gadis manis ini kini telah tular menerusi page Facebook dan Twitter.

Suziyana Hasim, 21, berasal dari Felda Jengka 21, Pahang ini telah mendapat perhatian apabila dia kelihatan mengenyitkan matanya dan melambaikan tangan dalam satu laporan berita sebuah stesen tv tempatan.

Baca artikel sebelum: Kenyitan mata gadis ini di tv3 buat ramai netizen cair, nak tau siapa dia?

Tetapi di dalam akaun Twitternya, Suziyana kelihatan semakin rimas dengan perkara ini apabila dia telah memuat naik satu post yang berbunyi:

“Dengan harapan takde lagi page fb yang viralkan video tu”

Sebelum itu, dia juga telah memuat naik post sebagai reaksi yang mana dia dikatakan telah dihina oleh warga Facebook kerana tindakan spontannya itu.

Biasalah, siapa yang tidak suka apabila wajah sudah dapat ‘masuk’ tv kan ditonton pula satu Malaysia. Takkan itu pun nak kutuk jugak wahai rakan sekalian?

Suziyana Hasim

Suziyana Hasim

Pada mulanya tiada siapa yang perasan keletah si manis ini, sehinggalah seorang pengguna Twitter, @ajibtoo telah merakam di telefon bimbitnya dan memuat naik video itu di akaun Twitternya dengan kapsyen

“Rt sampai jumpa twitter dia” dan yang lebih menarik apabila Suziyana telah membalas di ruangan komennya

Apa pun, bertabahlah ya Suziyana. Pengguna Facebook ni memang semuanya nak ambil serius. Nak buat lawak sikit pun tak boleh.

Nanti sudah seminggu, senyaplah video tular awak ni. Tapi apa pun, awak memang cantik!!!

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Gadis kenyit mata, Suziyana Hasim luah perasaan dihina dan dimaki gara-gara videonya viral

Post a Comment

Previous Post Next Post