12:07:00 AM

Proses melahirkan bayi adalah satu proses yang melibatkan kesakitan, keperitan, kelegaan dan kesyukuran atas kurniaan Tuhan. Tanyalah mana-mana ibu sekali pun, mereka pasti akan menceritakan pengalaman kesukaran dan kesakitan yang perlu ditanggung semasa melahirkan bayi.

Video: Reaksi melucukan seorang bapa yang menyaksikan kelahiran anaknya di depan mata

Video: Reaksi melucukan seorang bapa yang menyaksikan kelahiran anaknya di depan mata

Malah, tidak mengejutkan jika ada yang berpendapat melahirkan bayi adalah pengalaman yang mampu meragut nyawa mereka. Ekoran itu, ramai isteri meminta suami masing-masing untuk berada di samping mereka bagi memberikan kekuatan dan semangat kepada para isteri sewaktu bersalin.

Kehadiran seorang suami di saat-saat genting seperti itu sangat membantu isteri dalam meraih kekuatan untuk meneruskannya. Melainkan, anda mengahwini lelaki seperti ini…

Lelaki ini menjadi tular dengan serta-merta setelah rakaman yang menyaksikan dirinya memaparkan reaksi menakutkan sewaktu melihat kelahiran bayi.

Kredit: Facebook

Memang benar proses kelahiran bayi bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main dan ditertawakan tetapi anda pasti tidak dapat menahan diri untuk ketawa setelah melihat sendiri reaksi lelaki tersebut.

Mungkin ini adalah kali pertama lelaki tersebut menyaksikan satu insiden kelahiran bayi secara langsung di dalam bilik bersalin. Walau apa pun, dia wajar diberikan tepukan atas keberaniannya.

Kredit: Facebook

Ada satu detik di mana dia cuba memberikan semangat kepada isterinya dengan meletakkan tangannya pada bahu wanita tersebut. Kemudian, dia dengan segera berada di dalam ketakutan kembali.

Lihat sahaja ekspresi lelaki yang melucukan ini. Kasihan dia~

Kredit: Facebook

Nampaknya, pengalaman berada di bilik bersalin tidak wajar disarankan kepada mana-mana individu yang lemah jantung.

Kredit: Facebook

Setelah video ini dilayarkan ke media sosial, ia mendapat tumpuan umum dan meraih jutaan gelak tawa daripada netizen seluruh dunia. Sementara itu, ruangan komen pula dipenuhi oleh para wanita yang ‘tag’ nama pasangan masing-masing untuk melihat video tersebut.

Saksikan video penuh di bawah. Pasti anda tidak akan kering gusi melihat gelagat lelaki berkenaan. Haha!

Sumber: Elite Readers

Sumber: Era baru

 



Sumber Video: Reaksi melucukan seorang bapa yang menyaksikan kelahiran anaknya di depan mata

0 comments:

Post a Comment

loading...