Datin Tuan Sabariah Isteri Tuan Guru Nik Aziz Cerita Detik Perkahwinan Mereka



Datin Tuan sabariah pernah bercerita bahawa semasa dia berkahwin dengÄ…n tok guru, dia tidak pernah melihat tok guru secara live kecuali melalui gambar sahaja. 

Gambar tu pula, masa tok guru baru nak bertolak belajar ke India sedangkan ketika Tok Guru nak kahwin, umur tok guru sudah melepasi 30 tahun.

Semasa tuan Sabariah nak berkahwin, bapanya, Tuan Ishaq berpesÄ…n tiga perkara, kalau nak pastikan suami sayang;

1- Jaga tempat tidurnya
2- Jaga makan minumnya
3- Jaga pakaiannya.

Cerita tuan sabariah, dia berusaha jaga tiga perkara ini, sehinggakÄ…n pernah tok guru cakap kat dia, 
"kita ni tua dah, tapi rasa macam pengantin baru".

Sebagai isteri,ibu....petua ini haruslah diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat,semoga rumahtangga kita terus diberkati olehNYA

cerciter

Post a Comment

Previous Post Next Post