Ibrahim Ali Sifatkan Dirinya Seperti ‘Sabut Hanyut Yang Timbul’


PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dirinya seperti sabut hanyut yang sedang timbul kerana masih bertahan dalam arus politik perdana.
Katanya, ramai ahli politik tidak mampu bertahan lama kerana tidak kuat atau parti politik yang disertai tidak kuat berbanding parti lain.
“Ibarat seperti sabut hanyut, singgah sana sini dan bila hanyut, orang tolak sana sini.
“Jarang yang boleh survive, tetapi antara yang boleh survive adalah Tok Him (Ibrahim Ali),” kata Presiden Perkasa itu.
Ibrahim berkata beliau berbangga kerana suara dan pandangannya masih didengar walaupun tidak lagi menjadi Ahli Dewan Rakyat.
Mengulas hubungan dengan Paderi Kristian, beliau berkata, hubungan mereka bertambah baik dan sering bertukar pandangan menerusi aplikasi WhatsApps.
Katanya, beberapa Paderi dan pertubuhan Kristian telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perkasa pada Khamis ini.
“Sekarang mereka sudah dapat terima yang sebenarnya Perkasa dan saya bukanlah rasis seperti yang didakwa,” katanya.

- FMT


Post a Comment

Previous Post Next Post