Kaji selidik itu mendapati di bandar raya Latin Amerika, setiap enam daripada 10 wanita diganggu secara fizikal.
Tinjauan di 15 bandar raya terbesar dunia itu dan New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat, mendapati Bogota di Colombia berada di tangga teratas sebagai mempunyai pengangkutan awam paling tidak selamat, menyebabkan wanita takut untuk melakukan perjalanan pada waktu malam.
Ini diikuti dengan bandaraya Mexico, Lima dan kemudian New Delhi.
Kaji selidik dalam kalangan lebih 6,550 wanita dan pakar gender juga meletakkan Moscow sebagai ibu negara Eropah paling teruk, di tangga kesembilan dalam senarai, menyebabkan wanita tidak yakin pihak berkuasa akan menyiasat gangguan yang berlaku.
Paris berada di tangga ke-11 berikutan perasaan tidak yakin bahawa penumpang lain akan membantu wanita dalam kesusahan. New York diberi rating terbaik dalam kalangan 16 bandar raya oleh wanita di mana mereka ditanya mengenai keselamatan dalam kereta api dan bas. Ini diikuti dengan Tokyo, ibu negara terbesar dunia dengan 38 juta penduduk, kemudian Beijing dan London. Mary Crass,
Ketua Dasar Forum Pengangkutan Antarabangsa, sebuah kumpulan pemikir Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), berkata keadaan di mana wanita berasa takut untuk menggunakan pengangkutan awam di beberapa bandar raya utama adalah membimbangkan dan perlu ditangani.
elanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/14321
Kaji selidik dalam
kalangan lebih 6,550 wanita dan pakar gender juga meletakkan Moscow
sebagai ibu negara Eropah paling teruk, di tangga kesembilan dalam
senarai, menyebabkan wanita tidak yakin pihak berkuasa akan menyiasat
gangguan yang berlaku.
Paris berada di tangga ke-11 berikutan perasaan tidak yakin bahawa
penumpang lain akan membantu wanita dalam kesusahan.
New York diberi rating terbaik dalam kalangan 16 bandar raya oleh wanita
di mana mereka ditanya mengenai keselamatan dalam kereta api dan bas.
Ini diikuti dengan Tokyo, ibu negara terbesar dunia dengan 38 juta
penduduk, kemudian Beijing dan London.
Mary Crass, Ketua Dasar Forum Pengangkutan Antarabangsa, sebuah kumpulan
pemikir Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), berkata
keadaan di mana wanita berasa takut untuk menggunakan pengangkutan awam
di beberapa bandar raya utama adalah membimbangkan dan perlu ditangani.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/14321
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/14321