7 Sebab Kenapa Wanita Memilih Lelaki Yang Kurang Menarik Sebagai Pasangan


Boleh dikatakan, wanita kini lebih suka mencari pasangan dari segi secara fizikalnya kurang menarik daripada mereka, kerana ia mampu membuatkan perkahwinan mereka lebih hangat dan berkekalan.

Jadi, ini antara 7 sebab mengapa wanita lebih sukakan lelaki yang kurang menarik!

1. Memuja pasangan

Lelaki yang kurang menarik tetapi mendapat pasangan yang cantik, mereka akan memuja pasangan mereka habis-habisan. Sanggup buat apa saja. Bagi lelaki, mereka sangat bersyukur sekiranya memiliki pasangan atau isteri yang cantik kerana rupa paras mereka biasa-biasa je.

2. Lebih perhatian
Bila dah dapat pasangan atau isteri yang cantik, pasti lelaki yang kurang menarik ini akan memberi lebih perhatian dan menjaga dengan bersungguh-sungguh! Memang betul pun kan!

3. Lebih bertolak ansu
Jika mempunyai pasangan atau suami yang kurang menarik, mereka biasanya lebih bertolak ansur. Pasti wanita tidak akan mengambil risiko untuk bermain mata dengan lelaki lain.

4. Memiliki personaliti menarik
Selalunya, lelaki yang kurang menarik, mempunyai personaliti yang menarik. Lelaki seperti ini pasti akan nampak kacak di mata wanita kerana memiliki sense of humor mereka yang tersendiri. Biar rupa tak hensem, tapi menghiburkan.

5. Tak pentingkan diri
Salah satu kelebihan lelaki yang kurang menarik jika dibandingkan dengan lelaki yang kacak ialah mereka ini tidak mementingkan diri sendiri. Boleh dikatakan lelaki yang kurang menarik ni lebih rendah diri.

6. Kurang persaingan
Sebab lain wanita lebih sukakan lelaki yang kurang menarik jika dibandingkan dengan lelaki kacak ialah kurang persaingan. Takde la jadi kes cemburu buta.

7. Rajin cari duit
Lelaki yang kurang menarik ni sedar bahawa mereka perlu bekerja keras untuk di pandang oleh wanita. Jadi, daya tarikan mereka adalah melalui kerjaya dan kejayaan mereka. Tapi wanita pula yang menyalahgunakan kuasa mereka, sampai jadi kaki kikis! Tak patut!

Post a Comment

Previous Post Next Post