Budak UM Angkuh Berlagak Hina UniMAP


Page yang mewakili pelajar Universiti Malaya (UM) telah membuat kenyataan angkuh melampau di media sosial baru-baru ini. Admin yang menggunakan twithandle @budakUM dianggap telah memperlekeh tahap akademik pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Status itu berbunyi, “Berani mak cik aku tanya result dapat berapa.. helo I student UM hokey.. bukan UniMAP.. kalau tak dapat dekan tu perkara biasa.. *jeling”.
Kenyataan angkuh dan sombong dengan memetik nama UniMAP itu sekali gus mengundang kemarahan seluruh pelajar dan alumni universiti tempatan tersebut.
Status tersebut menggambarkan percapaian akademik UM tidak sama taraf dan jauh lebih baik daripada UniMAP.
Seorang pelajar UM yang lain pula tiba-tiba muncul bagaikan mencurah minyak ke api apabila mula mempersoalkan tentang kewujudan universiti tempatan tersebut.
Isu ini turut mendapat perhatian Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin yang tampil bersuara menzahirkan kekecewaan berkenaan isu tersebut.
Jelasnya, pelajar UniMAP telah diajar untuk menghormati satu sama lain dan bukan bertindak memperlekehkan pelajar universiti lain.
Sementara itu, difahamkan akaun @budakUM ditutup dipercayai susulan makian dan cacian orang ramai. Belajar belum habis namun berlagak macam dah dapat PhD.  Ular menyusur akar tak kan hilang bisanya. Merendah diri itu jauh lebih baik dari keangkuhan melampau.

Post a Comment

Previous Post Next Post