Zain Mahu Che Ta Hamil Lagi


Pelakon Zain Saidin meluahkan keinginannya mahu menambah cahaya mata anak walaupun isterinya, Rozita Che Wan (Che Ta) pernah berkata tidak mahu mengandung lagi.
"Kalau boleh memang saya nak tambah lagi anak. InsyaAllah ada rezeki. Memang Che Ta kata sebelum ini tak mahu mengandung lagi, tapi saya boleh pujuk Che Ta.
"Ini Soal rezeki dan anugerah Tuhan. Takkan nak tolak tuah dan rezeki kalau boleh lahirkan anak yang cantik," ujarnya.
Zain Saidin yang mengakui tidak kisah akan jantina anak beliau selepas ini bersama Che Ta juga mendedahkan yang Aaisyah Dhia Rana mendapat lebih perhatian dari saudara mara di kampung dek kerana populariti puteri kesayangannya itu sehingga dia sendiri dan Che Ta rasa terabai.

Post a Comment

Previous Post Next Post