Baru hendak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, dia sudah menerima dugaan apabila dikecam sesetengah pihak gara-gara isu lukisan kepala mirip binatang khinzir (babi) di hidangan kopi di kafenya yang baru saja beroperasi, di beri nama Love Me Sevendays Cafe.
Perkara tersebut menimbulkan perbalahan di ruangan komen (kini sudah dipadam) malah ada pihak menyifatkan pelakon itu tidak sensitif malah lukisan babi di hidangan kopi tersebut dianggap tidak sopan.
Menerusi laman Instagram miliknya, Elfira menyatakan, perkara tersebut hanyalah atas dasar seni dan ada beberapa peminat yang menyokong pandangannya itu.