[EMAS PALSU] Emas bar tidak dibenar buka plastik.


Di waktu nilai ringgit jatuh 'tergolek' akibat persepsi negatif awam terhadap ekonomi & kestabilan politik negara, agak ramai yang mencadangkan membeli emas. Boleh, cuma pastikan :-

1. Emas yang dibeli adalah benar-benar tulen. Jangan terlalu ghairah serta 'degil' melabur dan membeli emas dari syarikat TIDAK BERLESEN', khususnya apabila emas yang dijual TIDAK dibenarkan di buka dari sampul atau bar code tertentu. Bimbang nanti emas palsu sebegini yang dibeli rupanya. Luarnya kelihatan emas, dalamnya palsu.

2. Emas sukar untuk dijual semula dengan harga yang lebih baik dalam masa jangka pendek. Justeru, pastikan modal membeli emas itu bukan hasil pinjaman atau mungkin diperlukan untuk kegunaan segera jangka pendek.

3. Beli tanpa tangguh bayaran atau tangguh penerimaan, kerana ia adalah riba yang diharamkan.

4. Sewaktu beli, jika ingin dijual dalam tempoh kurang dari 2 tahun, sepatutnya sudah dikenalpasti kumpulan sasaran berpotensi untuk membeli emas tersebut dengan harga yang baik. Kerana dijual semula kepada pembeli semula, kebiasaannya 'spread' atau margin keuntungan diambil adalah tinggi dan merugikan kita.


sumber
Previous Post Next Post