Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) Kedah




Berita baik kepada bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak pada tahun ini. Kerajaan negeri Kedah akan menghulurkan sumbangan Kit Kelahiran kepada semua bayi yang baharu dilahirkan di negeri Kedah bermula bulan ini melalui Skim Intensif Kelahiran Anak (IKA). #IKA

Kit Kelahiran ini mengandungi keperluan khas bayi seperti botol susu, selimut dan pakaian. Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam institusi keluarga.

Kelayakan


Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-

Pejabat Daerah berhampiran
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
Pejabat Penghulu
Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen

Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan. Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.

Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.

Borang juga boleh dimuat turun di laman web IKA
Previous Post Next Post