Perancangan untuk membina lif angkasa lepas telah pun diluluskan oleh Pejabat Paten Amerika Syarikat.
Menara itu akan menjadi 20 kali lebih tinggi daripada ketinggian menara Burj Khalifa yang kini merupakan bangunan tertinggi di dunia yang terletak di Dubai.
Pihak syarikat berkenaan, Thoth Technology yang berpangkalan di Ontario berkata struktur berkenaan akan memberikan akses baru kepada angkasa lepas dan ia menjimatkan 30 peratus penggunaan bahan api jika menggunakan roket biasa.
Menara itu juga boleh digunakan untuk fungsi lain seperti menjana kuasa elektrik melalui angin, sistem komunikasi dan pelancongan.
“Angkasawan akan naik ke ketinggian 20km dengan menggunakan lif.
“Dari puncak menara, pesawat angkasa lepas akan berlepas dalam satu peringkat perjalanan sahaja untuk ke orbit dan pergi balik dari puncak berkenaan untuk mengisi bahan api,” kata Penciptanya Dr Brendan Quine
Ketinggian menara itu akan berada di sekitar 19km tinggi di bahagian yang disebut “Sempadan Armstrong” iaitu tahap di mana tekanan di atmosfera begitu rendah dan air dalam badan akan mula panas dan mendidih.
Untuk pembinaannya pula, para jurutera akan pasti menghadapi cabaran untuk mengatasi masalah tiupan angin.
Pihak Thoth sudah pun mencadangkan cara untuk memastikannya stabil yang dikenali sebagai “Strategi Kawalan Bersepadu”.
Bagi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Thoth, Caroline Roberts berkata menara itu akan dilengkapi dengan teknologi pendaratan roket dan ia dibangunkan oleh pihak lain.
Ia pastinya akan membawa revolusi baru dalam pengangkutan dan penerokaan angkasa lepas.