Jabatan Imigresen Malaysia
Tarikh Permohonan: Sepanjang Ogos – Disember 2015
Lokasi : Seluruh Malaysia
Kekosongan Jawatan terkini di Jabatan Imigresen Malaysia sepanjang September 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sebagai :
Pegawai Imigresen Gred KP17
( Tangga Gaji RM936.00 – RM3,424.00)
Syarat Lantikan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM936.00 ]
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Tugasan:
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
Sila klik pada link jawatan di atas untuk syarat kelayakan setiap jawatan.
Calon boleh membuat permohonan secara online disini: Permohonan Online
http://putra6.spa.gov.my/