Tak pasal-pasal nama dua pelakon jelita, Rita Rudaini dan Intan Ladyana jadi panas sekitar hujung minggu lalu. Semuanya terjadi gara-gara mereka berdua dikatakan terbabit dalam sebuah penganjurkan ‘Festival Dada’
Fuh! Festival apa pula ni, tak pernah dengar pun. Tapi, bila kami membuat risikan secara mendalam, rupa-rupanya, festival ini merupakan festival bas yg bakal diadakan di Putrajaya nanti.
Tapi, apa kaitan festival dada dengan bas?
Kenapa Rita Rudaini dan Intan Ladyana pun terlibat sama?
Nak dijadikan cerita, sebenarnya ia terjadi kerana kesilapan yg dilakukan oleh sebuah laporan akhbar mengenai ‘BusFest’. Ada ke patut ditulisnya ‘BustFest’.
Pembaca pun, bila dah tengok tajuk begitu, terus je buat andaian kononnya dua selebriti terkenal ini terlibat sama. Lebih melampau bila ada yang berkata dah tak sabar untuk ke Putrajaya menyaksikan Rita dan Intan menayang dada mereka.
Bila difikirkan, seriau pula kami rasa. Mana taknya, dengan hanya satu kesilapan kecil dalam ejaan, ia mampu menjatuhkah maruah dan reputasi seseorang selebriti.
Jadi, untuk semua pembaca meh sini kami nak bagi pencerahan. Untuk makluman, festival yang mencetuskan kekeliruan itu bukanlah satu penganjuran tak senonoh sebaliknya ia adalah satu bazaar membabitkan ramai selebriti terkenal dengan pengangkutan popular di Putrajaya iaitu bas.
Korang janganlah fikir bukan-bukan lagi eh? Kesian Rita dan Intan. Apapun, jom kita serbu BusFest pada 5 hingga 7 Disember ini. Dengar cerita peluang untuk berniaga pun masih terbuka. Mesti best!~Kredit kamithemedia.