Pelakon drama Pontimau, Amelia Henderson mengakui ada ketikanya dia sukar melontarkan dialog kerana pelat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Bagaimanapun masalah itu dapat diatasi apabila dia mendapat bantuan pelakon-pelakon lain yang sering berbual dengannya menggunakan Bahasa Melayu
"Kadang kala saya menghadapi kesukaran untuk melontarkan dialog kerana masalah pelat ketika berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
"Namun, pelakon-pelakon Pontimau banyak membantu dengan menggunakan bahasa Melayu ketika berborak dengan saya.
"Saya akan cuba memperbaiki pelat dan belajar kerana tidak wajar untuk kita mengabaikan bahasa ibunda setelah 20 tahun bermastautin di sini," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.
Selain Amelia, drama bersiri 13 episod yang disiarkan menerusi slot Aksi di TV3 itu turut dijayakan barisan pelakon seperti Marsha Milan Londoh, Keith Foo dan ramai lagi.
