DRIFT Punya Pasal........Kereta ‘terbang’ sangkut di tiang pagar


Baling: Lelaki hanya cedera ringan di kepala walaupun kereta dipandu terbang sebelum tersangkut pada tiang pagar rumah dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri, di sini, semalam. 

Kejadian dipercayai berlaku pada 6 petang ketika mangsa Mohd Khairul Zaini Abd Rahman, 24, dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Pekan Baling, di sini.

Mohd Khairul Zaini berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila dia tertekan pedal minyak sebaik menghampiri kawasan selekoh menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu terbabas.

"Apabila sampai di kawasan selekoh, saya mahu menekan brek tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan kereta hilang kawalan lalu terbabas.

"Saya jadi panik dan tidak sedar kereta tersangkut. Apabila membuka pintu kereta barulah saya sedar tidak boleh turun kerana tergantung," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana terselamat walaupun terkejut kerana kereta tersangkut di atas tiang pagar setinggi dua meter.

Post a Comment

Previous Post Next Post