Manusia mempunyai kebolehan untuk mengenali suara insan-insan yang rapat dengan mereka seperti rakan karib dan ahli keluarga.
Menurut kajian yang disiarkan di The Huffington Post, para linguis dari Univerisiti Montreal mendapati 99 peratus dalam satu masa, hanya dua perkataan sudah mencukupi untuk seseorang yang mempunyai pendengaran normal untuk mengenali suara rakan karib atau ahli keluarga mereka dalam kalangan suara lain.
Untuk kajian ini, ahli phonetik mencipta 'voice lineup' atau kawat suara yang sama seperti kawat cam yang polis gunakan untuk saksi mengenalpasti suspek.
Dalam kawat suara, beberapa suara yang mempunyai ciri-ciri akustik yang sama diperdengarkan di mana setiap suara menyebut antara satu hingga 18 suku kata.
Sekumpulan peserta dewasa yang bertutur dalam bahasa Perancis mendengar suara-suara rakan karib atau ahli keluarga berserta dengan suara-suara lain yang seakan sama.
Para penyelidik mendapati peserta dapat mengenal pasti suara-suara yang tersayang dengan ketepatan 99.9 peratus selepas mendengar hanya empat suku kata, dalam kajian ini, "merci beaucoup" (terima kasih).
Menurut Dr Julien Plante-Herbet, keupayaan pendengaran manusia adalah menakjubkan dalam mengenali suara yang mereka biasa dengar.
"Selepas lahir, bayi sudah boleh mengenali suara ibu mereka and mengenal pasti bunyi-bunyi dalam bahasa asing."
Ini adalah kerana manusia mempunyai memori organ deria yang canggih, yang membolehkan kita untuk merakam dan mengingat kembali ucapan yang banyak, termasuk maklumat kontekstual tentang apa yang dikatakan dan bagaimana.
