Isu Bercium : Ada Pihak Cuba Khianat - Fara Mendoza


Baru-baru ini pelakon Fara Mendoza Fara Medoza sekali lagi muncul dengan kontroversi baharu apabila fotonya yang dilihat sedang bercium dengan seorang lelaki menjadi viral di internet.
Perkara itu membuatkan ramai netizen mengkritik kelakuan itu dan menyifatkan Fara seolah-olah tidak serik dengan kontroversi yang timbul berkaitan dengan dirinya.
Memetik laporan mStar online, Fara terkejut dengan tuduhan tersebut dan menyifatkan ada pihak cuba melakukan khianat terhadapnya dengan menyebarkan foto menunjukkan dia seolah-oleh sedang bercium dengan penyanyi baharu dikenali Zwenstar.
Tegasnya, dia tidak melakukan perbuatan kurang sopan itu dan foto berkenaan dirakamkan ketika dia dan Zwenstar sedang melakonkan adegan sebagai pasangan bercinta untuk klip video penyanyi itu berjudul Ku Tahu.
Menurutnya lagi, penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling mereka ketika penggambaran sedang berlangsung.
"Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan orang ramai? Itu mengarut," katanya.
Fara berkata, dia tidak akan duduk diam dan akan menyiasat siapa dalang yang mengeluarkan foto berkenaan bagi tujuan tidak baik.
"Saya akan siasat siapa yang buat begini. Individu terbabit sengaja mahu melihat saya jatuh," tegasnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post