Kehidupan Yang Tak Tenteram.....2 remaja lelaki berkeliaran mencari mangsa n@fsu serakah


IBUBAPA PERLU PEKA MEMBACA TANDA

Selama ini sudah kerap kali cctv kami merakam berbagai aksi maksiat. Paling teruk sepanjang bulan puasa yang lalu bilamana maksiat berlaku secara berkumpulan dan dihalaman rumah sendiri.

Kami potong beberapa klip adegan video yang agak 'parah' dan serah kepada ketua kampung. Nampaknya sukar juga pihak Tok Ketua dan AJK Keselamatan kampung boleh bertindak.

Jam 2 pagi tadi kami terpaksa menahan 2 remaja lelaki yang berkeliaran di kejiranan kami. Mereka adalah 2 beradik dari luar desa ini, masing-masing tingkatan 2 dan tingkatan 5.

Ditanya untuk apa berkeliaran dikampung orang di awal pagi, mereka kata mencari teman wanitanya. Bila ditanya di mana rumahnya mereka tidak boleh jawab. Akhirnya kami panggil polis peronda untuk 'mengamankan' mereka yang kelihatan mencurigakan.

Akhirnya ada seorang gadis yang berwatak agak 'seksi' datang bersama bapanya. Bapa tunggal yang ada 3 anak gadis itu juga tidak pasti untuk apa anaknya mahu bertemu lelaki itu. Beliau juga nyatakan pening kepala, tidak tahu bagaimana lagi untuk 'mendidik' anaknya. Kebetulan remaja ini ditahan dikawasan yang tidak sepatutnya, jauh dari rumah gadis itu. Seorang darinya tidak bawa IC pun.

Kami putuskan bersama pihak polis untuk melepaskan remaja ini dan meminta keluarganya datang menjemput. Sementara itu kami nasihatkan remaja ini yang kami tahu modus operandi dan niat beliau datang mencari gadis ini. Mereka tidak menafikannya melainkan hanya tersipu-sipu sahaja.

Kami katakan imej Melayu sudah terlalu teruk akibat zina dan buang bayi. Di rumah kami juga ada ramai anak-anak tidak sah taraf ini. Janganlah libatkan diri kerana walaupun suka sama suka ia tetap jatuh kes rogol dan hukumannya amat berat.

CUBAAN MENCULIK DI KAJANG DAN BANGI

Dua hari lepas 2 lelaki India bersenjatakan parang terserempak dengan orang Kampung yang lari bertempiaran di kejiranan kami. Ekoran itu beberapa penduduk kampung meminta jasa baik sukarelawan kami yang berjaga malam untuk turut membantu mengawasi keselamatan kampung.

Beberapa hari lepas ada beberapa penduduk Kampung Sungai Ramal memberitahu sukarelawan kami agar lebih ketat mengawal pergerakan anak-anak ekoran ada 2 kes cubaan menculik secara berdepan. Ia dilakukan di siang hari.

Kegiatan itu dilakukan beberapa lelaki menaiki kereta Wira warna merah, menggunakan No pendaftaran palsu. Pihak polis mendapati itu pendaftaran motor Kriss.

Dalam 1 kes di Taman Meringin, belakang Masjid Sg Ramal beberapa hari lepas, mangsa seorang anak perempuan berusia 6 tahun sempat dirampas kembali oleh bapanya yang kebetulan berada dalam rumah lalu keluar setelah anak itu menjerit dan meronta-ronta.

Sepanjang minggu lepas juga banyak kes cubaan menculik yang dilapurkan oleh komuniti penduduk Bangi dan Kajang.

Sesiapa yang ada maklumat dalam hal ini atau ada kes lain, silalah kongsikan atau beri pencerahan. Masalah sekarang, kes penculikan ini juga telah terlalu banyak bercampur aduk dengan berbagai-bagai masalah keluarga.

KESIMPULAN

Kami tidak namakan atau paparkan gambar 2 remaja dan gadis yang terlibat juga keluarga mereka kerana tujuan kami hanyalah untuk memberi kesedaran kepada para ibubapa bahawa gejala sosial dan jenayah ini tidak nampak semakin baik.

Gejala sosial dan jenayah sebegini memerlukan jaringan muafakat dan kerja berjemaah untuk mencegahnya. Yang paling penting ialah peranan ibubapa dan penjaga rumahtangga itu sendiri.

Remaja ini beruntung kerana tidak melawan atau menyerang kami sementara menunggu peronda polis tiba. Kerana itu juga kami sepakat dengan anggota polis untuk tidak menangkap mereka walaupun ada kesalahan yang boleh disabitkan. Alhamdulillah keluarganya juga menerima keadaan itu dengan berlapang dada.

Kami pernah menahan beberapa remaja kampung atas berbagai alasan namun kebanyakannya suka putar belit, melawan dan tidak mendapat kerjasama ibubapa. Padahal sudah jelas kesalahan anak mereka. Bayangkan remaja 15 tahun sudah tidak bersekolah, bertatoo, rambut punk berwarna, dan merempit tanpa topi, lesen dan cukai jalan.

Terima kasih PDRM dan kedua dua keluarga yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama dalam usaha amar makruf nahi mungkar ini. Sama-samalah kita ambil pelajarannya.

Pesanan Khidmat Masyarakat
WARGA PRIHATIN

Post a Comment

Previous Post Next Post