Kes Culik Kajang ‘Saya nak bercuti sekejap’.

Kes Culik Kajang, ‘Saya nak bercuti sekejap’ :  Pemandu teksi yang dibebaskan oleh polis kelmarin selepas ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak, Hanizan Mohamad Radzi, 42, akan bercuti selama seminggu atau dua minggu bagi meluangkan masa bersama isteri dan dua anaknya.
Kes Culik Kajang, 'Saya nak bercuti sekejap'
Menurutnya, dia juga akan pulang ke kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama bapanya.
“Selepas seminggu dalam tahanan saya rasa ingin berehat bersama keluarga dan tenangkan fikiran.
“Bila sudah tenang nanti baru saya akan memandu teksi semula,” katanya ketika dihubungi medis.
Tambah Hanizan, hari ini dia dan keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran di kediaman mereka sempena pembebasannya.
“Saya reda dengan apa yang berlaku dan tidak menyesal membantu orang yang dalam kesusahan,” ujarnya.
9 Oktober lalu, Hanizan me­nemukan seorang kanak-kanak berusia lima tahun merayau seorang diri selepas kira-kira lapan jam dia diculik di hadapan sebuah sekolah tadika di Sungai Chua, Kajang dekat sini sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarganya di Kajang.
Walau bagaimanapun, keesokan harinya, dia ditahan oleh pihak polis bersama-sama tiga lelaki lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian penculikan itu dan ditahan reman selama tujuh hari.

Post a Comment

Previous Post Next Post