Perkahwinan adalah satu ikatan antara lelaki dan wanita yang mana akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki kepada pasangan yang bergelar suami isteri. Disini kami selitkan satu kisah menarik untuk dibaca dan dijadikan pedoman iaitu 'Kahwin Untuk Kaya'. Wanita ini berkongsi kisah bagaimana sebuah ikatan perkahwinan menjadikan hidupnya dan suami semakin kaya dan kini menjadi bos.
Siapakah Wanita Ini ?
Berapakah Modal Yang Diperlukan ?
Selepas enam bulan bernikah, mereka berdua mula mengatur strategi perniagaan melalui ELLE ZADA, dengan hanya modal dalam tangan tanpa pinjaman ataupun kad kredit.
"Dunia keusahawanan menuntut ketahanan yang tinggi. Pernah kami roll modal masa awal peniagaan untuk tambah volume pengeluaran dengan melaburkan semua duit jualan RM40,000 sampai dalam akaun tinggal beberapa ratus ringgit sahaja untuk makan minum. Dari situ turnover ELLE ZADA mula mencapai jualan 6 angka pertama iaitu RM150,000.
"Satu persatu inisiatif kami bangunkan. Bermula dengan ELLE ZADA ONLINE www.ellezada.com , kemudian ELLE ZADA BUTIK, ELLE ZADA TAILORING HOUSE & terkini ELLE ZADA ACADEMY. Dahulu berdua kini berpasukan 25 orang.
"Bercinta selepas nikah impaknya bertahun-tahun masih terasa. Rasanya macam baru kelmarin bernikah, mahu bersiap ke Italy, tapi bila lihat keliling sudah ada Baby Bug berlari ke sana ke mari, bisnes sudah tegak berdiri dan masa depan boleh dicorak sendiri.
"Dalam pernikahan itu ada barakah dan magiknya; Allah dah janji. Asalkan sahaja NIAT betul dan bersedia JIWA.
P/S : Percayalah dimana ada kemahuan disitu kita temui jalannya...