Akhirnya, Ramly MS Buat Pengakuan Yang TERLALU JUJUR Mengenai Zul Handy Black



Bekas vokalis Handy Black, Zul telah disingkirkan dalam program realiti iaitu Gegar Vaganza 2 pada hari Ahad yang lepas.

Ramai yang terkejut susulan daripada berita penyingkiran Zul Handy Black yang memiliki suara yang agak sedap untuk didengari.
Komposer terkenal, Datuk Ramly MS telah tampil dengan pandangannya yang tersendiri berikutan penyingkiran Zul Handy Black dan juga Ezlynn.

"Untuk GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta. Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada nyanyian semata-mata.

"Cuma saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi Fantasia.

Menyanyi salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata tetapi tidak ada maaf jika menyanyi sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi <em>in tune</em>.Tetapi ingat pada peringkat seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana ketika itu kami mencari <em>the best among the best</em>.

"Mereka (Zul dan Ezlyn) ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah diberikan namun tahap nyanyian mereka sama.Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka <em>deliver</em>," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post