GEMPAR... Hutan BERUSIA 10,000 TAHUN Ditemui Di Dasar Laut Utara Britain !!! | Seorang penyelam telah berjaya menemui sebuah hutan prasejarah yang berusia kira-kira 10,000 tahun di dasae Laut Utara ketika menyelam di pesisir pantai Norfolk, Britain.
Penemuan yang sungguh menakjubkan dimana hutan itu yang telah begitu lama berada di dasar laut dan tidak terfikir akan wujudnya hutan tersebut.
Penyelam tersebut, Dawn Watson, 45, berkata, dia tidak menyangka keputusannya untuk menyelam lebih jauh di pesisir pantai itu berjaya membongkar kewujudan sebuah hutan zaman prasejarah yang belum pernah ditemui.
“Air di pesisir pantai pada waktu itu agak bergelombang, jadi saya memutuskan untuk berenang 300 meter ke tengah laut sebelum menjumpai batang pokok oak purba.
“Pengalaman ini sangat menakjubkan kerana saya telah melakukan aktiviti menyelam selama 16 tahun dan bukan setiap hari anda akan membuat penemuan bersejarah seperti ini. Keadaan ini seakan adegan dalam filem Hobbit atau Lord of the Rings,"katanya.
Menurut pakar, hutan ini telah wujud sejak Zaman Ais tetapi telah tenggelam apabila paras air laut meningkat setinggi 120 meter apabila ketulan ais cair.
Kini, pokok-pokok itu membentuk terumbu karang semula jadi dan menjadi sebahagian daripada hidupan marin bersama ikan serta tumbuhan laut lain. KREDIT SIAKAPKELI.