Insiden Ika Nabila Dipukul: Rosyam Tangguhkan Penggambaran

..
Drama berjudul Dawai Asmara terbitan Suhan Movies terpaksa ditangguhkan ekoran insiden pelakon Ika Nabila yang mendakwa dirinya dipukul dan ditumbuk dibahagian muka oleh seorang pengarah di lokasi penggambaran drama tersebut.
Penerbitnya, Datuk Rosyam Nor berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh Ika Nabella terhadap pengarah drama itu, Azma Aizal Yusoof.
"Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online

Post a Comment

Previous Post Next Post