Isu Tampil Ala Rahib: Nora Janji Akan Lebih Berhati-Hati


Aktres Nora Danish sama sekali tidak menyangka penampilannya baru-baru ini pada majlis pelancaran fesyen jenamanya sendiri iaitu Owl by Nora Danish telah disalah erti oleh sesetengah pihak.

Ilman Homestay Langkawi @ Homestay in Pulau Langkawi, Kedah

Posted by  | 7:34 PM
PAKEJ HOMESTAY + AVANZA hanya RM 350 DIBUKA UNTUK TEMPAHAN ‪#‎ Rumah‬  teres (Baru Renovate) di Taman Cenderawasih, Mata Aye...

Malah ada yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan dan mendakwa menyerupai ala rahib gereja.
Memetik laporan mStar online, jelas Nora Nora seorang yang berfikiran positif dan tidak menyedari tentang gayanya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.
Namun dia meminta maaf akan kesilapan tersebut dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat pada masa hadapan.
"Saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlibat seperti itu (rahib)
"Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung,"," ujarnya.
..
Tambah Nora, dia juga terkilan pengikut Instagramnya menghentam tindakan dia memeggang burung hantu kononnya mahu mempromosi sesebuah fahaman.
Katanya, burung hantu yang dibawa ketika di pentas peragaan itu hanya sebagai simbolik nama jenama itu iaitu Owl by Nora Danish.
"Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambing sebuah fahaman. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh.
"Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai,"katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post