Lelaki Patah Tulang Leher, Lumpuh Akibat Vape Meletup Di Mulut


KUALA LUMPUR: Dalam usaha kerajaan melakukan pelbagai cara termasuk menggubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan vape dalam kalangan pengguna di negara ini, insiden ngeri menimpa seorang lelaki di Colorado, Amerika Syarikat ini pasti membuatkan pengemar rokok elektronik itu lebih berhati-hati.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa, Cordero Caples, 29, patah tulang leher apabila vape yang digunanya meletup di mulut mengakibatkan dia patah tulang leher.
Lebih menyedihkan, Caples yang juga merupakan seorang pelajar kolej turut kehilangan gigi hadapan dan melecur dibahagian mulut, selain mengalami keretakkan di beberapa bahagian muka.
Memetik laporan DailyNews, kejadian yang menimpa bapa kepada seorang anak berusia setahun itu berlaku ketika waktu rehat sebelum dia dikejarkan ke sebuah hospital di daerah tersebut.
Malah, akibat letupan vape tersebut juga, Caples berkemungkinan lumpuh seluruh anggota badannya.
“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” kata kakak Caples, Colessia Porter dipetik Daily News.
Jelas Porter, Caples mengalami kesakitan yang amat kritikal sebelum pembedahan dilakukan dan memaklumkan dia tidak tahu bahawa peranti vaping itu boleh mengundang bahaya.
“Jika dia tahu bahawa dia sedang berurusan dengan sesuatu (vape) yang boleh meletup pada dirinya, saya pasti dia tidak akan meletakkan dirinya dalam keadaan tersebut.
“Ia adalah amat teruk bagi seorang lelaki yang sihat dan bertenaga meletakkan dirinya dalam keadaan yang mungkin lumpuh akibat vape,” kata Porter.
Sementara, seorang pekerja di sebuah kedai yang menjual vape di Memphis mengatakan letupan tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan ralat pada operator, dan kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan Caples mengecas vape dengan satu bateri yang terlalu kuat.

Post a Comment

Previous Post Next Post