Parodi Kertas Sejarah SPM Jadi 'Sejarah'


Satu video parodi berdurasi 4 minit 33 saat mendapat perhatian ramai berikutan seorang pengguna facebook ‘Arwind Kumar’ mengkritik sinis kertas peperiksaan Sejarah Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Ini kerana kertas peperiksaan itu dikatakan diluar jangkaan calon-calon yang mengambil SPM 2015.
Antara soalan yang ditanya adalah mengenai pengertian lagu ‘Hijrah’ dan ‘Ferdinand Magellan’, sekaligus mencetuskan kemarahan calon-calon SPM kerana dianggap tidak masuk akal untuk matapelajaran Sejarah.
“Makcik macam not understanding, yall cannot predict the questions properly, yall asking us to predict the future? HAHAHAHAHAH,
“Yall give makcik’s cucu2cicit2 a picture of 4 different vehicles.. airoplanes and all that one all and then your question which is worth 6 marks?
“Yall asked makcik’s children to predcict the future of this world?
“It would make much more sense if you put 2 coconuts, 1 bamboo stick, bottle of water or something and then you ask to predict. Then atleast we can quote the bomoh, the Raja Bomoh Malaysia!” Antara petikan kandungan Arwind di dalam video tersebut.
Ia telah mendapat 11,705 likes dan seramai 10,305 orang telah berkongsi video parodi tersebut yang dianggap ‘makan dalam’.
Kementerian Pendidikan harus mengkaji secara teliti soalan-soalan peperiksaan dengan secukupnya sebelum diedarkan kepada para pelajar terutama sekali mereka yang menduduki peperiksaan besar seperti SPM.
Sejarah merupakan perkara yang lalu yang menjadi cerminan masa kini supaya dijadikan pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan.
Apa ertinya mempelajari ‘Sejarah’ andai soalan yang ditanya lebih berkonsepkan ‘meramal masa hadapan’ dan sesuai dijadikan bahan jenaka untuk masyarakat Malaysia yang mudah terhibur?

Post a Comment

Previous Post Next Post