Peminat Bertelagah Gara-gara Burung Hantu, Imej Ala Rahib Nora

Aktres Nora Danish melangkah setapak lagi dalam perniagaannya dengan melancarkan koleksi tudung dan jubah jenamanya sendiri Owl by Nora Danish, dalam sebuah majlis bertempat di ibu negara malam tadi.
Pada majlis tersebut Nora turut tampil anggun mengayakan jubah berwarna sedondon dengan hijab sekaligus menampakkan gaya ibu anak satu ini bertambah manis.
Nora tidak lupa berkongsi beberapa gambar sekitar majlis yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya. Ramai pengikutnya memuji kecantikan Nora dan suka akan koleksi rekaan jubah yang ditawarkan menerusi jenamanya itu. Bahkan ramai peminatnya mendoakan agar Nora akan terbuka hati untuk kekal berhijab.
Bagaimanapun segelintir pengikut di Instagram melemparkan kritikan, teguran tak kurang mengecam imej yang ditampilkan Nora. Ada yang menyifatkan gaya dan pemakaian Nora itu ala seorang rahib di gereja.
Penampilan Nora di pentas sambil membawa seekor burung hantu sebagai simbolik kepada nama jenamanya, nyata mencuri menarik perhatian. Namun sesetengah pengikut di laman sosial kurang bersetuju dengan gimik tersebut dan menyifatkan seolah Nora sengaja membawa lambang iluminati.
..
..
Namun ramai peminat menyokong usaha murni Nora dan mendoakaan perniagaan tudung dan jubahnya maju jaya. Sebilangan pengkiut menganggap pihak yang melemparkan kritikan terhadap Nora itu sebagai individu yang cetek pemikiran dan berbaur perkauman.
..

Post a Comment

Previous Post Next Post