TIPS MEMIKAT HATI SUAMI-isteri jom amalkan




Nampak macam lawak... tetapi itulah hakikatnya. Banyak kebosanan terbit dalam pasangan suami isteri yang hanya disebabkan oleh perkara-perkara kecil. Kebosanan yang berlarutan adakalanya sampai membawa kepada kehancuran rumahtangga dan perceraian.

Malangnya suami yang mengadu bosan kepada layanan tidak berseni oleh isterinya juga ada 1001 macam kelemahan yang membuatkan beliau tidak dihargai dan dihormati oleh isteri.

Urusan nafkah dan tanggungjawab suami pun banyaknya terpaksa ditanggung oleh isteri semuanya. Sesetengahnya keperluan asas sang suamipun terpaksa ditanggung oleh isteri.

Lebih malang lagi bila isteri terpaksa menanggung suami yang berpoligami dan kaki joli. Pelbagai hobi suami yang membazir dan tidak berfaedah, juga pelbagai hutang suami pun terpaksa ditanggung sang isteri. Manalah isteri nak hormat dan layan suami macam raja di istana rumahnya.

Sekadar pandangan peribadi hasil pemerhatian mata kepala sendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post