Dramatis juga merupakan ibu kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Khaty Fauziah berkata dia tidak terkejut dengan gosip yang mengatakan anaknya kini sedang sibuk membuat persiapan kahwin.
Katanya ini bukan kali pertama mereka anak-beranak menghadapi keadaan ini, tetapi sudah banyak kali.
“Sebab itulah saya suruh Sam kahwin cepat-cepat. Bukan sekali dua kisah ini dibangkitkan, tetapi sudah banyak kali sebenarnya
“Kisah Sam sedang buat persiapan perkahwinan juga memang tidak benar.
"Dia sedang sibuk dengan kerjaya kini. Bila dia ada masa buat persiapan pula? Jangan risau, jika benar ada perkara baik, saya janji tidak akan menyorokkan perkara ini dari pengetahuan sesiapa,” itu janji Khaty kepada semua peminat anaknya itu.