Bintang Popular Malaysia Jayakan 'My Stupid Boss'

Filem komedi 'My Stupid Boss' garapan sutradara Indonesia, Upi, tidak hanya diterajui gandingan aktor dan aktres dari negara tersebut iaitu Bunga Cinta Lestari dan Reza Rahadian. Tetapi, Upi turut menampilkan empat bintang ternama Malaysia.
Mereka adalah Bront Palarae, Iskandar Zulkarnain, Atikah Suhaime dan Chew Kin Wah.
Dalam filem tersebut, mereka memengang watak sebagai teman sepejabat Diana iaitu watak yang dilakonkan oleh Bunga Citra Lestari.
Memetik sumber DetikHot.com, keempat bintang tanah air itu terpilih menerusi ujibakat yang dilakukan oleh Upi dan produksi Falcon Pictures.
"Ada aktor terbaik dan ada juga aktor dan aktres dari Malaysia. 
"Selain empat pemain utama Malaysia, kami ada juga menampilkan pelakon tambahan pemain dari negara ini. Kerana filem memang ini memang menggunakan pelbagai bahasa, bukan hanya orang Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu tapi ada juga bahasa lain," kata Upi.
Penggambaran filem tersebut sudah pun dijalankan di Jakarta sejak pertengahan November lalu. Selain lokasi penggambaran juga dijalankan di Kuala Lumpur.
Salah satu babak yang memabbitkan kesemua pelakon ialah ketika berada di sebuah pejabat di Jakarta dan babak di Jalan Petaling.
'My Stupid Boss' diadaptasi dari novel terlaris nukilan novelis bernama Kerani, mengisahkan Diana berasal dari Indonesia yang mengikut suaminya berpindah ke Malaysia.
Setelah berpindah dia cuba mencari pekerjaan dan akhirnya di diterima bekerja di sebuah syarikat di ibu negara. Kebetulan majikannya juga berasal dari Indonesia.
Berbagai kejadian lucu, dan tak terduga yang dilalui Diana bersama teman-teman sepejabatnya.
Selain itu Diana juga menyedari bosnya iaitu lakonan Reza Rahadian, seorang yang berperangai pelik. Lantaran Diana pun mulai menulis sebuah blog untuk mencurahkan isi hatinya mengenai pengalaman bekerja di Malaysia termaksulah mempunyai seorang bos berperangai pelik.
Penggambaran 'My Stupid Boss' sehingga kini masih dijalankan dan dijangka akan tamat pada bulan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post