Lufya Minta Fotonya Bersama Almarhum Tunku Abdul Jalil Dipadam

Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, 30, meminta agar gambarnya yang tidak berhijab ketika bersama Almarhum Tunku Abdul Jalil yang pernah tersebar sebelum ini dipadamkan.
Memetik laporan mStar online, Lufya berkata, perkara tersebut hanya boleh mengundang fitnah dan dosa kepada pengguna laman sosial yang membacanya.
"Saya mohon agar orang ramai membuang semua gambar-gambar saya yang tidak bertudung terutamanya gambar dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil yang pernah menjadi viral dahulu.
"Gambar tersebut tersebar semula dengan tajuk yang tidak sepatutnya hingga boleh menimbulkan fitnah, saya tidak mahu perkara itu mengaibkan mana-mana pihak," ujarnya yang turut berduka dengan pemergian Almarhum.
Mengenai perkembangan terkini, Lufya baru saja dilantik sebagai duta butik pakaian Pretaporte iaitu butik vendor terbesar yang menawarkan 70 jenama pakaian tempatan dan luar negara.
Selain itu, dia turut menjual tudung di bawah label Luffy Luffy Scarves yang bakal dilancarkan Januari ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post