Sekolah operasi seperti biasa esok - Pengarah Pendidikan Selangor


SHAH ALAM: Semua sekolah yang terbabit dengan pengumuman Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Selangor akan terus beroperasi seperti biasa, biarpun esok adalah cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan Selangor membawa pulang Piala Malaysia, semalam. 

Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor, berkata semua sekolah itu akan beroperasi bagi mengeluarkan keputusan PT3 kepada calon. 

Bagaimanapun, katanya, dalam satu kenyataan media di sini, semua pejabat dan institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Selangor dikehendaki bercuti seperti pengumuman yang dibuat.

sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post