#SelamatkanZulkifli: Mana Pergi Majlis Peguam? Soal IGP

KUALA LUMPUR: Sikap Majlis Peguam yang selama ini mempertahankan hak orang ramai terutama dari pakatan pembangkang kini dipersoal kerana berdiam diri diatas kes lelaki yang membunuh perompak kerana mempertahankan diri.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hal ini merupakan peranan sebenar yang perlu dilakukan badan tersebut.
"Di sinilah Majlis Peguam perlu memainkan peranan dalam mendidik orang ramai... kenapa berdiam diri?" kata Khalid pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.
Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki bernama Zulkifli dikatakan telah membunuh seorang perompak yang cuba memecah masuk kediammannya.
Zulkifli walaubagaimanapun selepas dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan didapati bersalah kerana membunuh dengan niat.
"Seksyen 99 Kanun Keseksaan menggariskan dengan jelas had mempertahankan diri, bukan hanya untuk orang ramai, tetapi untuk kita (polis) juga.
"Ia tidak mutlak [...] ia tidak bermakna jika seseorang mahu merompak, kita boleh bunuh mereka," kata Khalid.

Post a Comment

Previous Post Next Post