Peluang menjalani penggambaran drama bersiri Venice, Itali, baru-baru ini bukan sahaja memberi satu pengalaman baharu bagi pelawak Syuk (SYJ) malah embuatkan dia mengerti apa yang dirasakan oleh warga asing yang berada di Malaysia.
Syuk menjalani penggambaran drama berjudul ‘Gondola Cinta di Venice’ bersama Azrel Ismail dan Nad Zainal di negara tersebut.
“Sewaktu berada di sana, baru saya faham perasaan yang dialami oleh warga Bangladesh dan pekerja-pekerja asing lain yang mencari rezeki di Malaysia.
“Selalunya apabila melihat warga asing ini saling berpegangan tangan dan berjalan dalam satu kelompok di Malaysia, timbul rasa pelik. Tetapi apabila berada di Venice, baru saya tahu apa yang mereka alami.

“Saya bersama tenaga produksi dan pelakon-pelakon lain turut jalan berpegangan tangan. Kami sentiasa berada dalam kunpulan kerana takut tersesat,” kata Shuk seperti yang dilaporkan AstroGempak