Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Nana Nurgaya, 42, yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Mohd Azwan Muhamad Yusof Teh, 36. Majlis resepsi mereka telah diadakan di Bangunan Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur Ahad lalu.
Awalnya, mereka telah diijabkabul di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 13 Disember 2015 iaitu bersamaan dengan ulang tahun kelahiran Nana.
Meskipun berkahwin lambat dalam usia 42 tahun, namun Nana ada alasan tersendiri mengenai perkara tersebut yang tidak diketahui oleh orang lain.
"Saya tak kecil hati dengan tafsiran orang kerana mereka tak tahu perkara sebenar. Ini memang perkahwinan pertama saya selepas bercinta 15 tahun dengan suami.
"Biarpun kenal ketika sama-sama belajar di universiti berbeza, jodoh kami lambat kerana masing-masing fokus pada pelajaran dan mengejar cita-cita terlebih dulu.
"Usia suami saya 36 tahun, tapi orangnya sangat matang. Sebenarnya dua tahun lalu kami pernah merancang untuk berkahwin, namun terpaksa ditunda kerana bapanya sakit.
"Bagaimanapun, tahun lalu impian untuk kahwin kembali menyala. Tambah lagi ibu bapa saya memang nak lihat kami naik pelamin kerana saya anak sulung daripada dua beradik.
"Mereka yang bersungguh-sungguh merancang majlis ini kerana berhasrat nak mengumpulkan saudara-mara jauh dan dekat,” ujar Nana dipetik sebagai berkata.
Untuk info, Nana merupakan penyanyi rap yang pernah popular satu ketika dahulu. Antara lagu-lagunya yang pernah popular ketika itu ialah 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia', 'Inikah Cinta' dan 'That’s All I Need'.
Selain itu, Dia juga pernah popular melalui siri Idaman 1 dan Idaman 2 pada penghujung 1990.
Sumber: HM - Foto: Nana IG
Sumber - www.myartis.com

Tags:
OMG