Adnan arah Mukhriz keluar dari mesyuarat Majlis Tertinggi Umno

Mukhriz Diminta Tinggalkan Mesyuarat MT Umno

Mukhriz Diminta Tinggalkan Mesyuarat MT Umno

Spekulasi penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah semakin bertiup kencang apabila beliau diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung.

Mukhriz tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 3.05 petang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Namun beliau diarahkan untuk meninggalkan mesyuarat yang sedang berlangsung tidak lama kemudian.

“Mereka yang hadir tetapi tidak dijemput harus meninggalkan mesyuarat” antara arah yang dikeluarkan semasa mesyuarat tersebut.

Menurut beliau, arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Agung Parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumber: MStar

Post a Comment

Previous Post Next Post