AISHAH AZIZ DILABEL SEBAGAI KAFIR


Kuala Lumpur – Penyanyi Aisyah Aziz terkilan apabila dilabel sebagai kafir oleh salah seorang pengikut laman sosial Instagram

Gelaran tersebut timbul gara-gara pengikut berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan Aishah mewarnakan rambut.

Memetik laporan mStar online, penyanyi kelahiran Singapura itu berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku tambahan pula ia dilakukan secara terbuka dan berniat jahat.

“Pada saya tindakan individu berkenaan melabel saya sebagai kafir gara-gara warna rambut saya adalah perbuatan melampau dan siapa dia untuk berkata demikian?

“Kata-kata itu pula dibuat secara terbuka dan sekiranya saya hina dimatanya, apa bezanya dia dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aisyah berkata, biarpun kata-kata negatif sesetengah pengikut laman sosial tidak memberi kesan kepadanya namun dia mengambil keputusan untuk membalas kata-kata individu berkenaan.

Tambahnya, dia perlu berbuat demikian kerana tuduhan dilempar terhadapnya berat selain ia melibatkan agama

Bagaimanapun dia banyak menerima mesej peribadi di Instagram daripada peminat yang menasihatinya dan dia menerima dengan baik. - KUALALUMPURPOST.NET

Post a Comment

Previous Post Next Post