Akibat terlalu marah, bapa goncang bayi sendiri sampai mati kerana menangis tidak berhenti

Akibat terlalu marah, bapa goncang bayi sendiri sampai mati kerana menangis tidak berhenti

DRIUKAS bersama bayi perempuannya.

DRIUKAS bersama bayi perempuannya.

Seorang bapa menggoncang bayi perempuannya yang berusia lima bulan hingga mati kerana terlalu marah selepas kanak-kanak itu menangis tidak berhenti.

Tomas Driukas, 26, didakwa menyebabkan anaknya, Deimante Driukite mengalami kerosakan otak yang serius dan dikesan mempunyai 26 keretakan tulang.

Bayi malang itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Birmingham pada pagi 1 April lalu kerana kesukaran bernafas.

Deimante yang dilahirkan tidak cukup bulan disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di hospital.

Bedah siasat mendapati kematian tragik Deimante berpunca daripada pendarahan otak dan mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post