Semasa saya sedang memandu pulang rumah selepas kerja semalam, ada seorang lelaki tua berbangsa Melayu ini cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat, tergelincir dan terjatuh dengan motosikalnya menimpa badannya.
Jadi, saya pun memberhentikan kereta di bahu jalan, pergi memeriksa keadaannya. Motosikal itu diangkat oleh beberapa penunggang motosikal yang turut berhenti membantu. Saya perasan yang kaki kanannya cedera dengan tulang kakinya terdedah serta luka yang agak serius. Dia mengadu yang dia tidak dapat merasa kaki kanannya itu.
Saya memperkenalkan diri saya untuk membantunya. Namun respon yang diberikan oleh pakcik ini benar-benar mengejutkan.
"Pakcik, selamat petang. Saya..." belum sempat saya nak habiskan percakapan, dia memotong percakapan saya.
"Aku tak nak keling datang dekat aku ke, tolong aku ke. Banyak lagi orang yang boleh tolong," katanya.
"Tak pakcik, saya..." saya cuba menjelaskan namun gagal berbuat demikian.
"Pergi aku cakap!" katanya.
Saya terkejut dan terpaksa akur, memandangkan orang ramai juga meminta saya berundur diri daripada lelaki itu. Saya akur dan saya hubungi pihak ambulan dan menunggu.
Apabila ambulan tiba, saya bertemu dengan pembantu perubatannya dan memperkenalkan diri. Saya juga menerangkan kepadanya mengenai apa yang terjadi. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya, lalu terus memberikan rawatan awal kepada lelaki tua itu tadi.
"Doktor ada periksa pakcik ini ke tadi?" jerit pembantu perubatan tersebut dengan lantang sebelum sempat saya beredar dari tempat kejadian itu.
"Tak! Pakcik tak nak saya sentuh dia. Jadi saya hubungi pihak ambulans dan menunggu di sini untuk memastikan tiada sesiapa yang menggerakannya," balas saya.
"Saya tak tahu awak doktor, kalau doktor, boleh sentuh," kata pakcik itu sambil tersenyum.
Tak tahu nak cakap apa dah. Sebelum dia tahu saya adalah doktor, saya dikeji dengan gelaran 'keling', tak boleh sentuh dia. Selepas dia tahu saya adalah doktor, dia tersenyum dan meminta maaf.

Tags:
BP