“Aku tertipu!” – Habis RM3,500, wanita ini hilang sabar dengan videographer ‘penabur janji palsu’

Siapa sangka hasil kerja gempak yang mampu memukau orang luar rupa-rupanya cuma “indah khabar dari rupa”.

Hampir setahun lebih wanita telah melangsungkan perkahwinannya namun tidak mendapat sebarang hasil apabila menghabiskan wang sejumlah RM3500 untuk mendapat khidmat videographer terkemuka.

“Aku tertipu!” – Habis RM3,500, wanita ini hilang sabar dengan videographer ‘penabur janji palsu’

“Aku tertipu!” – Habis RM3,500, wanita ini hilang sabar dengan videographer ‘penabur janji palsu’

Hilang sabar dengan sikap mereka yang suka berdalih, wanita yang lebih dikenali sebagai Fariza Rosli ini kongsi kronologi berurusan dengan videographer penipu ini dari hari pertama hingga ke hari ini.

‘JANJI VIDEOGRAPHER DICAPATI TAHAP APA PUN TAKTAU’

Salam, ni mungkin pos terpanjang yang aku pernah buat sepanjang hidup aku. Sebab aku rasa tahap kesabaran aku dah sampai LIMIT dia. Aku nak bagi tajuk ‘JANJI VIDEOGRAPHER DICAPATI TAHAP APA PUN TAKTAU’ atau ‘LETS THE STORY UNFOLD (*pinjam tagline depa sat)

Aku takkan DELETE post ini, sebagai tujuan pengajaran kepada orang lain

[UPDATE TERKINI 21 JAN 2016]
Alhamdulillah, finally PPF contact aku dan bagitau dah pos. Dah gertak macamni baru takut?

TAPI dalam masa yang sama akaun IG aku telah di’removed’ oleh PPF. Apa salah aku ni? Aku takdak langsung buat kecoh kat situ. DEAR PPF, where is your professionalism?

DAN selepas post aku ni VIRAL ada beberapa mangsa keadaan yang tampil pm aku, mengadu problem yang sama. See, bukan aku soranglah yang kena. How unlucky we are.
Kalau aku tak start macamni, mungkin aku takkan dapat video aku semula atau lambat lagi?

AND aku takkan DELETE post ini, sebagai tujuan pengajaran kepada orang lain & PPF sendiri. Cuba kaji diri balik, improve mana yang kurang, bukan dengan hanya perkataan ‘sorry/maaf’ beribu kali tanpa ada tindakan & penambahbaikan seterusnya. Di mana berkatnya rezeki kita kiranya memperlakukan pelanggan sedemikan rupa?

Total lost: RM3500

Mangsa: AKU LA TU
Total lost: RM3500 (video untuk nikah & reception side aku)
**ramai tanya awat p bayaq full siap-siap?
Tu depa punya T&C. As client, aku kena follow lah. Aku tak ragu2 nak bayar full sebab depa sebelum ni memang ada ambik job shot artis, instafamous, famous blogger & depa ni quite famous/ ‘ada nama’ jugaklah. So yakin la sikit kat part ni.

TAPI MENTANG-MENTANG AKU BUKAN RETIS, BUKAN INSTAFAMOUS/ BLOGGER, taula aku ni CUMA RAKYAT MARHAENNN, macamni depa treat aku noh. Takpa2, hampa tunggu la next action from aku kalau aku masih tak dapat hak aku semula.

KRONOLOGI YANG MENGALAHKAN SINETRON

OCT 2014
PPF ada buat Promo. Aku contact team PPF, set appointment & agreed booked depa untuk pakej video (sanding & nikah). So aku terus bayar deposit untuk lock date.

1 & 2 MAY 2015
Alhamdulillah selesai majlis nikah & sanding aku….Bayar On Time

PPF punya terms:
Ok aku ikut semua terms dia, bayar on time. Full payment setelah selesai majlis. Aku bayar RM3500 habis dah.

Final product delivery 4-5months selepas majlis. Ok aku sabar menunggu. Habis ja bulan ke 5, aku whatsapp & follow up video aku.

==========
[4 bulan kemudian]
KRIK2x…

==========
[5 bulan kemudian]
10 AUG 2015
Aku whatsapp tanya status video aku. No reply. Ok xpa aku sabaq.

==========
17 AUG 2015
Aku whatsapp lagi & email skali. Pun tak reply. Aku komen punya panjang kat IG depa. Tapi komen aku telah dipadam. Aku tak guna any ‘harsh’ word pun. Cuma tanya awat tak reply whatsapp & email aku langsung, aku nak tau status video aku. Tu ja. Aku dah bayaq full kot.

==========
18 AUG 2015
Setelah beberapa hari aku assabarul iman menunggu (to be exact seminggu juga) barulah dapat reply dari PPF cakap video aku ‘almost done’. Depa cakap akan hantaq by early or end Sept. Alhamdulillah lega aku dengaq.

==========
*DALAM MASA SEBULAN (SEPT) AKU TAK LANGSUNG KACAU DEPA sebab takmau ganggu mungkin tengah busy, lagipun depa dah janji by early/end Sept akan post.

[Awai Sept takdak berita]
[End Sept pun yilekkk]
Ok aku sabaq sat pikiaq +ve maybe nak touch up final product sikitttt lagi. Cuba urut dada pujuk diri jangan emosi, belajaq sabaq sat.

8 OCT 2015
Aku whatsapp semula tanya lagi apa status sekarang. SENYAP

==========
12 OCT 2015
Whatsapp lagi. Pun xdak respon. Aikk. Ok xpa sabaq sat. (Berapa kali dah sabaq ni?)

16 OCT 2015

Dada aku dah start berombak sikit. Apa benda yang langsung takmau reply aku ni, aku call tak angkat. Aku saja pakai no lain try whatsapp tanya pakej ehh reply pulak!! (Nampak tak permainan dia?)

Aku sangat geram & komennn lagi kat IG panjang berjela cakap how am i very unsatisfied with their service, and will take legal action if tak response aku asap.

Lepas komen macamtu ehh terus PPF reply whatsapp aku, cakap sorry tak boleh deliver by this week tapi postponed to 23 OCT 2015… Ok.. Nampak dan betapa sabaqnya aku kan. Aku +ve lagi bagi peluang..

==========
23 OCT berlalu. Batang hidung DVD aku tak nampak.

==========
26 OCT 2015
Aku whatsapp PPF lagi. Well, macam biasa la depa tak reply. Awat weyy payah sangat ni.

==========
28 OCT 2015
Aku whatsapp lagi cakap kalau depa tak respon aku, aku p buat report. Tapi nan hado x reply jugak. Aku pun taktau awat aku penyabar benarrrr orangnya kalini. Kalau hangpa?

==========
30 OCT 2015
Aku suruh adik aku yang lawyer tu tolong message depa on behalf of aku, cakap if PPF tak reply aku jugak, serious aku akan proceed dengan legal action.
PPF baru reply aku, cakap video aku dah READY TO BE DELIVERED.
(Alhamdulillah rasa syukur)

18 NOV 2015

PPF whatsapp aku. (Wahhh mimpi apa ni 1st time depa yang whatsapp aku dulu. Kalau dak selalunya aku yang terhegeh2 start message & tunggu reply whatsapp dari depa)
PPF minta alamat aku untuk pos DVD. And say sorry. Ok aku lembut hati balik.

==========
30 NOV 2015
Aku masih tak dapat DVD aku! Aku whatsapp lagi. NO RESPONSE.

==========
2 DEC 2015
Aku whatsapp lagi. Aku taktau kenapa la aku baik n sabaq sangat ni.

3 DEC 2015

Baru reply, tapi PPF bagitau postponed lagi sehingga 9 DEC 2015. And berani ya, PPF bagi jaminan kalau aku tak dapat by that time, boleh report to tribunal. Sebab depa sendiri yang bagi jaminan macamtu, jadi aku 100% yakin depa akan tepati janji kali ni.

==========
9 DEC 2015
Tapi nampaknya janji dicapati lagi. Nan hado!

11 DEC 2015

PPF whatsapp cakap nak mai Penang & pass by hand sendiri sebagai tanda minta maaf atas kelewatan. Aku pun OK.

22 DEC 2015

Aku whatsapp bagitau aku tak sampai Penang lagi ada hal. Jadi aku minta dia singgah ja butik aku kat Seberang Jaya, pass dvd aku kat staff aku senang.
Krik2x tak reply.

Lepas 4 hari…
26 DEC 2015

PPF whatsapp bagitau sorry dia tak jadi turun ke Penang. Tapi minta masa lagi minggu depan pulak untuk buat penghantaran. Aikk. Cakap pusing2. Sebenarnya video aku ni ada ka dak ni?!

==========
30 DEC 2015
PPF whatsapp lagi, minta maaf cakap ada TEKNIKAL PROBLEM pulak. Dia janji by 13 JAN 2016 akan hantar sendiri by hand. Aku pun OKEY & PERCAYA LAGI.

==========
Tiba hari ditunggu-tunggu..
13 JAN 2016
APA PUN TAKDAK KHABAR BERITA.

AKU DAH BENGKEKKK GILAAA!!
Aku cuba lagak tenang & msg.
WEIIII TAK REPLY JUGAKLAAAAA

Tiba hari ditunggu-tunggu..APA PUN TAKDAK KHABAR BERITA.

Tiba hari ditunggu-tunggu..
13 JAN 2016
APA PUN TAKDAK KHABAR BERITA.

AKU DAH BENGKEKKK GILAAA!!
Aku cuba lagak tenang & msg.
WEIIII TAK REPLY JUGAKLAAAAA

==========
14 JAN 2016
Aku cuma whatsapp ‘???’ ja.
PUN TAK REPLY.
DADA AKU START BEROMBAK ALA TSUNAMI.

Aku msg closed friends & siblings aku, mintak pendapat.
Depa bagi idea spam IG ramai2. CUN!

Aku terus tinggai komen panjang berjelaaa & habaq ni LAST WARNING. Aku stress laaa weiii msg whatsapp apa tak reply. APA MASALAH HANGPA NI?!

Lepas aku komen, few kawan2 aku join komen. TAK LAMA LEPAS TU PPF whatsapp aku.

EH DAH KENA SPAM BARU PANDAI NAK REPLY?!

Dan biasalah. Terus gambar yang aku & kawan2 komen kena delete. Nak nampak bisnes cantik kan, kena la macamtu. Dan terus upload 1 gambar kat IG tulis ‘SORRY’

Dak lanii dah berapa juta kali sorry & delayed? Takkan nak tunggu sampai aku beranak 10 baru dapat ka camna?

==========
Solusinya:
PPF janji by 19 JAN 2016 aku akan dapat DVD aku.

==========
19 JAN 2016
Tak dapat!! Aku whatsapp tak reply!
Husband aku call berjuta kali tak angkat.
Dah call kali ke brapa ratus kali baru angkat, cakap ‘Minta maaf, dvd dah siap bungkus. Cuma takdan pos tadi. Kami pos esok pagi & akan update tracking number terus.’

Nasib husband aku yang call. Dia cool sikit. Kalau aku yang cakap? Silap2 kena maki dah dia! (Maaflah, aku dah tak boleh nak sabaq lagi ni!)

Dak lani awat x reti respon whatsapp aku?! Kenapa call banyak kali tak angkat. Dah dapat cakap baru habaq. Apa2 masalah memang tak reti nak revert kat client ka camna?

Aku pelik kenapa kena kami yang start contact dulu, baru dia update status video macamana. whatsapp apa pun tak reply. PPF memang takdak inisiatif nak bagitau kami sendiri dulu! Depa ni memang langsung tak bertanggungjawab! JENIS LEPAS TANGAN JA.

AKU DAH PENAT NI

[HARINI]
20 JAN 2016
Aku whatsapp minta tracking number.
NADAAA. TAK REPLY.
And aku call NO OFF!
La ni aku taktau apa status sebenar.

==========
Jadi aku ambik keputusan untuk meluahkan masalah aku kat sini, dengan harapan ada sapa2 yang kenai team PPF ni, boleh tag depa, tolong inform, dan tolong selesaikan masalah ni secepat mungkin sebelum aku tak teragak-agak ambil tindakan seterusnya.
.

AKU DAH PENAT NI.
AKU RASA DAH CUKUP SABAQ DAH NI, DEPA MAIN-MAINKAN PERASAAN AKU.
.

Aku tak paham macamana depa ni biz. Tengok promo sakan. Ambik job banyak. Orang dah bayaq full boleh pulak buat main2 halai balai. Aku pun buat biz jugak weii takdakla macamni.
.

Niat aku bukan nak tutup periuk nasi depa ka apa, tapi as pengajaran & untuk mendapatkan balik hak aku. Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama seperti aku, sila tampilkan diri, kita fight sesama jom.

======================================

Dear PelangiPutihFilms aka PPF, if you are reading this, pls be responsible on what your are doing.

I have given you so many chances but all I get was disappointment. You have promised to send me, my ALREADY PAID wedding video on several dates, but I have never received it. Mind you, my wedding was on May last year. And I was supposed to receive it on last Tuesday (after postponed few times) but I have not yet to be informed any news aboutt my video. I have no choice but to viral this (before proceed to legal action) so that you can learn from your mistake.

To brides-to-be please don’t just hire wedding photographers/videograhers with great skills but badd baddd service! Don’t just hire them just because they used to shot celebrities or what not and be like “oh they must be great, they shoot famous people, i must be getting great photos plus great service”. Pls do some research abt their service to others. We’re not spending a sum of money to hire professionals JUST to get our best wonderful moments shot, we’re also expecting a good service alongside with it. We need professionals who at the same time KEEP their promises and PPF is definitely DOES NOT belong to this group. Don’t fall for some photographers/videographer who claim themselves as “professionals” but are actually lousy! -FARIZA

Sumber : Oh Bulan

Post a Comment

Previous Post Next Post