“Anak-anak benarkan kahwin lagi”, Awie tergelak besar dan terima dengan hati terbuka

“Anak-anak benarkan kahwin lagi”, Awie tergelak besar dan terima dengan hati terbuka

 

Bapa manakah yang mampu menahan rasa gembira jika anak memberi kebenaran untuk berkahwin lain? Bagi Awie, dia tergelak besar apabila anaknya sudah bersetuju membenarkan dirinya berkahwin lagi selain menerima perkara tersebut dengan hati terbuka.

“Apabila anak saya cakap, mereka terbuka hati untuk ayahnya kahwin lagi, saya hanya tersenyum dan tergelak dengan telatahnya. Tapi saya rasa buat masa sekarang memang tidak terlintas langsung untuk ke arah itu. Kes mahkamah saya pun masih belum selesai”

"Anak-anak benarkan kahwin lagi", Awie tergelak besar dan terima dengan hati terbuka

“Anak-anak benarkan kahwin lagi”, Awie tergelak besar dan terima dengan hati terbuka

“Lagipun saya lebih selesa sibukkan diri dengan karier seni dan pada masa yang sama banyak luangkan masa bersama dengan anak-anak. Perkara seumpama itu amat penting buat kami agar hubungan ini terus akrab dan melihat mereka membesar dengan lebih baik,” memetik kenyataan Awie daripada portal hiburan Murai.

Selain itu, penyanyi dan pelakon ini juga menjelaskan bahawa dia akan berpindah ke rumah baru bagi membuang segala memori pahit di rumah lama selain mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anaknya.

Sumber : Rotikaya

Post a Comment

Previous Post Next Post