Anak Mahu Ayah Baru - Rita Rudaini


Anak Mahu Ayah Baru - Rita Rudaini


Rita Rudaini sudah lama hidup tanpa suami setelah bercerai dengan Aidil Zafuan yang mencetuskan kontroversi di Malaysia.

Lama hidup bersendirian, anaknya sendiri menyatakan mahukan ayah yang baru, malah mahu adik yang baru juga.

Perkara ini disuarakan sendiri oleh anak sulungnya yang mahukan Rita untuk berkahwin lagi dan juga mahukan adik baru.

Ini komen Rita:

“Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu. Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian”

“Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain. Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa,” 

Bagi Rita Rudaini, dia akan menerima bakal suaminya sekiranya lelaki tersebut boleh menyayangi anak-anaknya di samping mampu membimbing mereka sekeluarga.

Post a Comment

Previous Post Next Post